Azree Hanifiah

Semasa sedang beratur di sebuah kaunter restoran makanan segera yang khusus menjual burger, terdengar suara seorang pelanggan sebelah berkata kepada penjaga kaunter.

“Dalam gambar nampak besar, tetapi bila dapat, kecil sahaja!” kata lelaki tersebut dalam nada sinis.

Saya memandang sahaja gelagat lelaki tersebut. Memang tidak dapat dinafikan banyak restoran makanan segera yang memaparkan gambar seolah-olah makanan yang bakal kita dapat itu besar saiznya.

Cuma dalam kes begini ia membuat pelanggan rasa tertipu. Dalam beberapa bengkel Pemasaran Internet yang saya jalankan, soalan yang sama diterima:

“Bagaimana mahu menunjukkan saiz sebenar produk di dalam gambar?”

Adakah jika kita menjual basikal, saiz gambar tersebut juga perlu besar seperti saiz basikal? Ini kerana saiz monitor tidaklah besar sangat.

Salah satu contoh yang ditunjukkan oleh syarikat Apple di laman webnya apabila mereka ingin menunjukkan saiz Ipad adalah dengan memasukkan sedikit bahagian tangan di dalam gambar.

Cadangan cara lain yang boleh gunakan mudah sahaja iaitu gunakan model yang tingginya sedang-sedang (160mm-170mm) atau diri sendiri di dalam gambar tersebut. Ini supaya bakal pembeli mendapat gambaran awal saiz produk tersebut.

P/s: Ini merupakan salah satu tip yang dikongsikan dalam bab mengambil gambar produk dalam buku Mudahnya Bisnes dengan Forum Online.

Siapakah Azree Hanifiah


Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog. Saya juga bersedia menerima jemputan pihak universiti dan syarikat swasta untuk bengkel berkaitan bisnes internet dan blog. Blog saya yang lain boleh dilawati di www.studiomuslim.com.

Tags: , ,

2 Responses


  1. fairuz sulaiman on 04 Apr 2011

    terima kasih di atas tips di atas. saya mohon untuk dikongsikan.

    • Azree Hanifiah on 05 Apr 2011

      Terima kasih kerana sudi berkongsi artikel ini. Yosh!


Leave your comment