Azree Hanifiah » komuniti online

Brand: Gerakan Indie dan Komuniti Online
Gerakan indie atau komuniti yang dibina dan dibangunkan secara online perlu memikirkan langkah-langkah seterusnya untuk berkolaborasi dengan syarikat besar. Apabila sesuatu komuniti itu sudah semakin besar, ia memerlukan dana untuk membesar.

Syarikat-syarikat besar boleh menjadi tulang belakang industri komuniti online. Tetapi disebabkan saiz dan struktur yang sudah kompleks menyebabkan kerjasama antara syarikat besar dengan komuniti online sesuatu yang sukar.

Cara kerja syarikat besar lebih kepada berdepatemen (departmental) berbanding berprojek (project-focused). Ia akan menjadi sesuatu yang bahaya kepada komuniti online tersebut sekiranya komuniti tersebut dijadikan sebuah departemen dalam syarikat besar tersebut.

Brand Komuniti Online dan Ahli

Sebuah komuniti online atau gerakan indie, mereka sudah ada imej atau brand tersendiri. Brand sebuah komuniti online inilah yang menjadi sebab orang ramai menyertainya.

Imej sesuatu brand komuniti pada awalnya ditetapkan oleh kumpulan pengasasnya. Namun, apabila brand tersebut membesar sebenarnya ia membesar dengan imej yang telah dipersetujui bersama dengan ahli-ahli komuniti online tersebut.

Setiap ahli komuniti tersebut mempunyai keinginan masing-masing bagaimana imej sesuatu komuniti yang mereka sertai dibentuk. Dan keinginan itu dibawa bersama seiring dengan pembesaran komuniti tersebut.

Jadi perlu difahami bahawa imej brand komuniti tersebut bukan lagi kepunyaan pengasasnya, tetapi sudah menjadi satu perkongsian bersama dengan setiap ahli komuniti tersebut.

Brand adalah kepercayaan yang wujud antara dua belah pihak.

Brand Overlay

Sekiranya komuniti online atau gerakan indie tersebut dijadikan departemen dalam sebuah syarikat besar, bermakna imej mereka akan bercampur dengan imej syarikat tersebut. Cara kerja mereka juga akan turut bercampur dengan cara kerja syarikat tersebut.

Imej syarikat besar tersebut akan menjadi dominan dan brand komuniti online tersebut akan di‘overlay’ (guna istilah photoshop pula) oleh brand syarikat besar tersebut.

Seandainya imej syarikat besar dan imej komuniti online tersebut sama arah atau tujuannya, kurang masalah yang timbul. Sekiranya tidak sama, maka kepercayaan ahli-ahli komuniti tersebut juga akan hilang.

P/s: Cara selain berkolaborasi dengan syarikat besar adalah dengan memikirkan peluang bisnes daripada komuniti online tersebut.