Azree Hanifiah

Dua hari lepas saya duduk bersama dua orang blogger di Learning Station, Wangsa Melawati. Tuan Irfan Jani dan Tuan Zamri Mohamad. Mereka berkongsi maklumat berkaitan Wonder-Boy.

Tanda jelas kejatuhan organisasi dalam iklim Asia & Barat adalah kerana adanya wonder-boy. Wonder-Boy bermaksud seorang sahaja yang menjadi hero dalam satu-satu organisasi. Tujuan strategi ini adalah supaya hero tersebut digemari dan dipuja ramai. Dengan itu mudah untuk syarikat tersebut mendapat imej yang baik.

Steve Jobs dan Apple

Strategi ini bahaya kerana apabila Wonder-Boy tersebut tiada, maka syarikat tersebut dilihat sebagai sudah kehilangan tempat bergantung. Contohnya Syarikat Apple. Pada tahun 1985, Steve Jobs dikeluarkan daripada Apple iaitu syarikat yang beliau sendiri bangunkan kerana berlaku beberapa masalah dalaman. Kemudian beliau membuka syarikat komputer baru iaitu NeXT.

Apabila syarikat Apple mula mengalami kemerosotan jualan, Apple membeli syarikat NeXT untuk mengambil semula Steve Jobs dan menjadikan beliau sebagai CEO syarikat Apple. Ini kerana Steve Jobs memiliki imej sebagai Wonder-Boy dalam Apple.

Kita boleh lihat bagaimana peranan seorang Wonder-Boy, jika beliau tiada maka syarikat tersebut juga akan lenyap. Malah syarikat tersebut juga akan terlalu bergantung kepada kebijaksanaan si Wonder-Boy tersebut menguruskannya. Hanya dia yang tahu flow bagaimana mengurus syarikat tersebut.

Kelebihan Memiliki Wonder-Boy

Ada baiknya juga memiliki Wonder-Boy dalam sesebuah syarikat atau organisasi.

Pertama imej syarikat mudah naik seiring dengan imej Wonder-Boy tersebut. Apabila kita menaikkan banyak nama dalam satu syarikat, sekiranya seorang buat salah, satu syarikat akan terkena tempias.

Kedua, syarikat bukan manusia. Jadi, kewujudan Wonder-Boy ini menjadikan syarikat tersebut mempunyai wakil tetap sebagai jurucakapnya. Nasihat daripada seorang individu yang diyakini ramai lebih mudah diterima berbanding nasihat oleh mereka yang bertugas di bahagian support.

Merenung Matahari Terbit

Di negara Jepun, tidak ada syarikat gergasi yang menggunakan taktik Wonder-Boy. Walaupun nama syarikat tersebut diambil daripada nama pengasas seperti Honda, mereka tidak fokus untuk menaikkan nama pengasas mereka.

Malah jika ditanya siapakah pengasas syarikat Honda, berapa ramai yang tahu nama penuh pengasasnya iaitu Soichiro Honda.

Walaupun sudah beberapa kali bertukar pemimpin, syarikat Honda masih lagi dapat bertahan hingga ke hari ini.

Alternatif Kepada Wonder-Boy

Adakah ada alternatif kepada Wonder-Boy? Bagi yang ingin namanya dijulang kerana berjaya pada usia yang muda, ingin menjadi contoh kepada orang lain, saudara boleh menjadi Wonder-Boy dalam organisasi saudara. Tetapi jadilah Wonder-Boy yang baik hati.

Wonder-Boy yang baik hati dalam pada masa yang sama menaikkan juga nama-nama tim pasukannya yang lain juga. Ya, perkenalkan juga ahli pasukan kita yang lain yang juga turut berusaha membantu dalam perjuangan kita.

Siapakah Azree Hanifiah


Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog. Saya juga bersedia menerima jemputan pihak universiti dan syarikat swasta untuk bengkel berkaitan bisnes internet dan blog. Blog saya yang lain boleh dilawati di www.studiomuslim.com.

Tags: , , , , ,

3 Responses


  1. lasiaf87 on 21 Apr 2010

    bro, takde gambar yang lebih jelas ke muka nta tu? blur2 je..

    ke segan2? aiceh.. (^_^)

    • Azree Hanifiah on 21 Apr 2010

      Ini gambar lama (masa demo. Hehe). Dan gambar ini ditarik daripada gravatar yang mempunyai pixel yang kecil. Nanti saya tukar.

  2. Abdullah Haron on 21 Apr 2010

    everybody is a hero and hero compliment each other in any organisation.


Leave your comment