Azree Hanifiah

Kalau dulu blog menjadi satu kegilaan. Hampir setiap hari kita akan dengar di televisyen, radio mahu pun di kalangan rakan kita yang menyebut mengenai blog.

Kini facebook pula menjadi satu alat yang perlu kita buka setiap hari. Menulis status terkini, perkembangan dan juga informasi yang ingin dikongsi.

Ini kerana kita ingin maklumat yang kita tulis cepat sampai kepada semua orang. Semakin cepat maklumat tersebut sampai, semakin melekat kita dengannya.

Apabila kita menulis blog, kita perlu memberitahu orang yang blog kita sudah dikemaskini. Melainkan kita memang sudah ada jadual menulis blog yang konsisten.

Tetapi berbeza dengan facebook. Apabila kita menulis sesuatu maklumat di facebook, orang lain yang turut online dalam jarak waktu yang terdekat akan terus menyedari maklumat tersebut.

Semakin cepat maklumat yang kita tulis sampai ke pengetahuan orang lain, semakin melekat kita dengannya.

Instant Gratification

Kita sekarang sudah memasuki satu era baru yang dipanggil ‘Instant Gratification’(Kepuasan Segera). Tidak kira anda Gen X atau pun Gen Y.

Tidak perlu saya atau saudara sebut, “Ya, saya setuju!” untuk menyetujui perkara ini.

Tanpa kita sedari, kita sudah pun mengamalkan gaya hidup baru ini – Kita mahu segalanya dan kita mahu dalam kadar yang segera.

Kalau dulu kita sanggup fikir menu untuk sepanjang minggu, kemudian keluar rumah beli barang-barang dapur. Masak dan makan beramai-ramai di rumah. Tetapi sekarang semakin senang kita melangkah kaki ke restoran tanpa perlu memikirkan apa yang perlu dimasak pada hari tersebut.

Begitu juga dengan belajar. Siapa sanggup ambil kursus di universiti selama dua hingga tiga tahun semata-mata untuk belajar buat website. Sedangkan terdapat beberapa kursus sehari dua untuk tujuan yang sama. Malah terdapat tutorial percuma di internet.

Segalanya Kita Ingin Cepat

Perkara ini tidak berlaku di internet sahaja. Malah di mana-mana.

Sebagai contoh, kadang-kadang kita tidak selesa dengan pemandu kereta yang bawa kereta lebih lambat daripada kita. Kalau boleh kita mahu cepat-cepat memintasnya.

Begitu juga dalam politik. Baru sahaja ahli politik itu berjanji sesuatu, terbit dalam hati kita mengharapkan ia cepat-cepat berlaku.

Situasi seperti ini bukan satu masalah. Ada juga baiknya. Contohnya sekarang orang sudah mula beralih membeli barang di internet.

Ini merupakan peluang besar bagi mereka yang menceburkan diri dalam bisnes dengan menggunakan internet sebagai medium pemasaran.

Tiada apa yang dapat kita lakukan untuk membalikkan semula keadaan ini. Sama ada kita turut meraikannya atau meningkatkan tahap kesabaran dalam diri masing-masing.

* Sumber daripada Majalah SME Januari 2010 – William Ng.

Siapakah Azree Hanifiah


Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog. Saya juga bersedia menerima jemputan pihak universiti dan syarikat swasta untuk bengkel berkaitan bisnes internet dan blog. Blog saya yang lain boleh dilawati di www.studiomuslim.com.

Tags:

One Response


  1. [...] yang dinamakan Instant Gratification (kepuasan [...]


Leave your comment