Parallel Thinking sesuai digunakan sekiranya kita adalah pemain baru yang ingin masuk ke dalam pasaran yang sudah ada Big Boys(pemain besar).
Sebagai contoh, pasaran minuman air coklat sudah ada pemain besar iaitu Milo.
Budak-budak besar mempunyai kuasa yang besar dalam pasaran. Secara teorinya mereka boleh menggertak pengedar-pengedar minuman mereka supaya tidak mengedarkan produk saudara. Lihat sahaja bagaimana pengeluar minuman coklat yang lain kecundang dalam pasaran tersebut seperti Ovaltine.
Atau mereka boleh menarik balik kerjasama mereka dengan syarikat pembuat bekas bungkus serbuk coklat sekiranya mereka membekalkan juga kepada syarikat kecil seperti saudara.
Parallel Thinking menerangkan kita boleh masuk ke dalam pasaran besar dengan menggunakan pintu yang lain. Garisan paralel dalam garis lurus bermaksud dua garisan yang sama arah tuju tetapi tidak bersentuh satu sama lain.
Sekiranya budak besar itu mengeluarkan produk novel cinta, kita masuk pintu novel kanak-kanak atau novel cinta islami.
Analoginya, sebuah rumah mempunyai banyak pintu. Sekiranya budak besar sudah jaga pintu hadapan, kita masuklah ikut pintu belakang. Atau pun masuk ikut tingkap(Hoho. Ini jangan dibuat).
Yeo’s dan Coca Cola
Pasaran air minuman ringan sudah ada budak besar iaitu Coca Cola. Sekiranya saudara ingin masuk buat air minuman bergas juga, saudara perlu mendapatkan bekalan tin atau botol minuman.
Pembekal-pembekal tin dan botol minuman pula sudah dipegang oleh Coca Cola. Mereka semua takut sekiranya Coca Cola tidak mengambil bekalan tin dan botol daripada mereka. Itulah satu-satunya pembeli tin dan botol mereka yang terbesar.
Jadi secara teorinya, syarikat Coca Cola boleh menggertak syarikat pembuatan tin minuman supaya tidak menjual tin kepada saudara.
Kita ambil contoh syarikat Yeo’s. Yeo’s tidak menawarkan air minuman bergas. Yeo’s masuk pasaran dengan menawarkan minuman tidak bergas seperti air soya, tebu, teh krisantinum dan lain-lain.
Minuman seperti itu dapat dipakejkan dengan kotak. Jadi Yeo’s tidak perlu berurusan dengan syarikat pembuat tin atau botol. Apabila jenis produk berbeza, sebarang servis yang berkaitan dengan produk tersebut juga berbeza. Malah jenis pembelinya juga berbeza.
Jadi Yeo’s tidak perlu bersaing dengan syarikat Coca Cola. Selepas saiz syarikat Yeo’s besar, barulah mereka masuk ke dalam pasaran minuman dalam botol dan tin.
Kebaikan Parallel Thinking
Parallel Thinking menyebabkan kita tidak perlu berfikir untuk menjadi pesaing. Kita buat bisnes kita dan mereka buat bisnes mereka. Malah mungkin pada satu-satu masa kita boleh menjadi rakan kongsi.
Konsep ini juga dikenali sebagai teknik Flanking. Masuk ke dalam pasaran dengan menggunakan pintu yang lain.





Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog.
oo, ini rupanya paralel thinking yang selalu di sebut-sebut tu..nice tips ni Tuan Azree..thanx for sharing..sekarang kurang r rasa takut sikit nak pasaran yang dah ada BIg Boys ni…
Yang penting jangan cuba bersaing dengan mereka, tetapi provide sesuatu kelainan dalam pasaran yang sama.