Bila bicara soal idea ditolak, saya teringat kisah pengasas FedEx yang pernah saya baca di Wikipedia. Nama beliau adalah Frederick W Smith.
Pada tahun 1962, Fred melanjutkan pelajaran ke Universiti Yale. Semasa Fred belajar di sana, beliau menulis rencana tentang idea beliau untuk subjek ekonomi. Idea beliau berkaitan sistem penghantaran barang dalam tempoh sehari apabila suatu masa nanti segala-galanya beroperasi menggunakan komputer.
Profesor beliau, Challis A. Hall Jr, membaca rencana tersebut dan memberikan gred C kerana menganggap idea tersebut tidak relevan. Read the rest of this entry »

Pertama kali saya buat bengkel blogging adalah pada pertengahan tahun 2008 di SM Learning. Pada ketika itu Pakdi memberi ruang pejabatnya secara percuma kepada saya. Semasa itu modul bengkel saya bina berdasarkan pengalaman-pengalaman saya mengkaji blog-blog lain.
Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog.