Blog merupakan medium yang tepat untuk mengenali pelanggan anda. Dalam blogging, bagi membolehkan proses komunikasi berlaku anda perlukan dua orang, seorang blogger dan seorang pembaca.
Ya, syarikat tidak berblog, manusia yang berblog. Jika sesebuah syarikat ingin mempunyai blog sendiri untuk memberitahu makluman tentang syarikat mereka, ia perlu ditulis oleh seseorang yang mewakili syarikat tersebut.
Nama penulis untuk blog tersebut yang perlu diletakkan, bukannya menggantikannya dengan panggilan ‘admin’ atau nama syarikat tersebut. Jadikannya sebagai komunikasi antara manusia dengan manusia, bukannya jenama dengan manusia. Oleh kerana itu ada beberapa syarikat mempunyai in-house blogger yang menulis.
Malah, beberapa blog yang berpengaruh yang mewakili syarikat biasanya ditulis oleh CEO atau Pengerusi syarikat tersebut sendiri.
Apabila blog tersebut tidak ditulis dalam nada manusia, ia hanya akan dibaca sebagai notis, berita atau pemberitahuan sahaja. Pilih seorang yang berpengatahuan mengenai setiap keputusan dalam syarikat dan juga bisnes anda untuk menulis mewakili syarikat anda.
Sebagai contoh BBC merupakan sebuah syarikat berita yang dikenali di radio dan televisyen. BBC membentuk sebuah blog yang dinamakan The Editors yang bertujuan menerangkan setiap keputusan editorial dan juga kisah-kisah tim tersebut dalam mengendalikan sesebuah bahan berita.
Begitu juga dengan syarikat radio tempatan, Hot FM. Setiap penyampai radio mereka mempunyai blog masing-masing yang bertujuan untuk menerangkan perkembangan terbaru masing-masing.
Kita lebih senang untuk berkomunikasi dengan manusia berbanding bangunan, tingkap atau pintu ofis syarikat. Jadikan blog tersebut sebagai medan komunikasi antara manusia dengan manusia.





Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog.