Sekurang-kurangnya dalam setahun kita akan berfikir adakah produk kita masih menarik lagi atau pun tidak kepada orang ramai. Kita juga akan memikirkan bagaimana produk yang sama boleh dijual berulang kali kepada pelanggan-pelanggan lama.
Kes ini berlaku kepada peniaga yang mempunyai satu atau dua jenis produk sahaja. Ia berlaku apabila produk mereka sudah kelihatan lama atau tidak menarik lagi untuk dibeli.
Sebagai contoh, syarikat antivirus perlu membuat kaedah pembayaran berdasarkan subskripsi bagi sofwer antivirus yang dijual mereka. Maka pelanggan yang sama perlu membeli atau mengupdate sofwer tersebut setiap tahun.
Sekiranya mereka menjual sofwer antivirus tersebut sekali sahaja termasuk update seumur hidup, pasti akan keluar ayat ini, “Aku sudah beli tahun lepas, kenapa perlu beli lagi tahun ini?”
Di sini diberikan beberapa cadangan lain:
Bahan yang sama, cara penggunaan yang baru
Mula mencari cara baru untuk memperbaharui produk tersebut. Salah satu contoh terbaik yang dapat dilihat datang daripada syarikat Flarebiz Network yang mengeluarkan sistem Niagakit. Sistem niagakit merupakan sebuah sistem untuk membantu peniaga membuat kedai online sendiri dengan hanya mengetahui beberapa pengetahuan coding yang asas sahaja.
Sistem Niagakit ini membolehkan kedai online tersebut memasarkan banyak jenis produk dalam satu laman web. Kemudian Flarebiz tampil dengan idea baru iaitu dengan mengeluarkan sistem Mininiaga. Sistem Mininiaga ini pula merupakan mini kedai online yang membolehkan peniaga memasarkan satu atau dua produk sahaja dalam satu laman web.
Boleh dikatakan sistem Mininiaga adalah hasil downgrade daripada sistem Niagakit untuk penggunaan yang berbeza tetapi bahan untuk membina sistem itu masih sama.
Produk sama, tawaran promosi yang baru
Cari jalan bagaimana untuk menarik minat pelanggan dengan tawaran baru. Sebagai contoh, kita berikan diskaun untuk pelanggan lama. Cara lain pula seperti buat pakej baru dengan beberapa produk sampingan lain. Jadi pelanggan akan beli produk tersebut sekali lagi untuk mendapatkan produk lain dalam pakej yang ditawarkan.
Perkara ini berlaku dalam industri buku sama ada buku fizikal atau ebook. Apabila penjualan buku tersebut sudah menurun, peniaga akan mula revamp semula buku tersebut sama ada dengan menambah maklumat-maklumat baru atau menjadikannya sebuah buku yang lain terus.
Pastikan produk kita tersebut mempunyai peningkatan dari segi kualiti dan juga tawaran.
Produk sama, keperluan lain yang percuma
Produk yang sama dijual pada tahun lepas akan kelihatan tua di mata pelanggan baru pada tahun sekarang. Tidak kiralah produk tersebut sentiasa dikemaskini, bila ia kelihatan tua di mata pelanggan, ia susah dijual kepada mereka.
Setiap produk ia ada tempoh matang dan tempoh tepu. Tempoh tepu ini terjadi apabila orang sudah tidak nampak apa kelebihan produk tersebut. Sebagai peniaga kita perlu membuatkan produk kita itu kelihatan sentiasa diperlukan.
Salah satu cara yang biasa digunakan adalah dengan membuat seminar percuma yang mempunyai kaitan dengan produk tersebut. Jika seminar tersebut penuh dengan ayat untuk menjual produk tersebut pula, ia akan menimbulkan marah orang. Jadi cari tajuk yang berkaitan yang membuatkan audien berfikir konklusinya mereka perlu mendapatkan produk kita itu.
P/s: Perkara sama juga berlaku kepada blogger. Blogger perlu sentiasa menghidangkan entri-entri yang enak untuk dihadam oleh pembaca-pembacanya.
“Aku sudah masuk blog dia minggu lepas, mengapa aku perlu masuk lagi hari ini?”
P/s: Foto oleh tuan Zamri Mohamad





Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog.
terima kasih infonya, sangat berguna sekali untuk memasarkan produk lama yg sudah mulai tenggelam