Bila bicara soal idea ditolak, saya teringat kisah pengasas FedEx yang pernah saya baca di Wikipedia. Nama beliau adalah Frederick W Smith.
Pada tahun 1962, Fred melanjutkan pelajaran ke Universiti Yale. Semasa Fred belajar di sana, beliau menulis rencana tentang idea beliau untuk subjek ekonomi. Idea beliau berkaitan sistem penghantaran barang dalam tempoh sehari apabila suatu masa nanti segala-galanya beroperasi menggunakan komputer.
Profesor beliau, Challis A. Hall Jr, membaca rencana tersebut dan memberikan gred C kerana menganggap idea tersebut tidak relevan.
Tetapi Fred tidak berputus asa dengan idea itu. Pada tahun 1973 beliau membuka syarikat penghantaran barang, FedEx. FedEx kini merupakan salah sebuah syarikat penghantaran barang yang besar di dunia.
Set Of Rules Dalam Diri
Persoalannya kenapa profesor beliau tidak melihat idea beliau pada waktu itu sebagai idea yang bagus?
Ini kerana dalam diri kita sudah ada ‘set of rules’ sendiri. ‘Set of rules’ juga dipanggil sebagai paradigma iaitu limit atau batasan pemikiran. ‘Set of rules’ ini wujud berdasarkan ilmu dan pengalaman seseorang pada waktu itu.
Paradigma ini berfungsi sebagai filter. Apabila ada maklumat baru, maka kita akan tapis maklumat tersebut berdasarkan ‘set of rules’ yang kita ada. Sekiranya serasi, maka maklumat tersebut diterima. Sekiranya tidak serasi, berkemungkinan besar maklumat baru tersebut akan ditolak.
Sekiranya kita tidak mahu menerima rules (peraturan) baru, maka selama-lamanya kita akan terperangkap dengan idea-idea lama yang tidak berkembang.
Bagaimana Hendak Keluar Daripada Paradigma lama?
Hadam ayat ini, “Paradigma saya perlu berkembang dan saya perlukan ‘set of rules’ yang baru!”
Kebiasaannya apabila kita mendapat idea baru, kita akan terus membuat kritikan. Sekarang kita ubah, lakukan dua langkah di bawah ini.
Langkah pertama, apabila mendapat idea baru, cari dahulu kelebihan-kelebihan yang ada pada idea tersebut. Tanya soalan ini pada diri sendiri:
Apa kelebihan setiap ciri yang ada?
Kenapa idea ini boleh berfungsi?
Langkah kedua, barulah kita buat kritikan. Apabila hendak buat kritikan tanya soalan ini pula:
Adakah ia bagus?
Bolehkah orang lain terima benda ini?
Apakah masalah yang akan timbul?
Melihat Idea Baru
Apabila kita ingin mendapatkan pendapat tentang idea baru, dapatkan pendapat dari ramai pihak. Jika satu pihak mengatakan idea itu bodoh, maka kita tahu bahawa idea tersebut tidak sesuai untuk golongan itu. Jadi cari pihak yang mengatakan idea tersebut bagus. Kenal pasti jenis golongan pihak yang mengatakan bagus tersebut kerana golongan itulah bakal pelanggan untuk idea tersebut.
Siapa sangka website yang memaparkan gambar kucing dengan dialog yang menggunakan bahasa Inggeris yang tidak difahami boleh menjadi begitu popular? Rujuk website ini ICanHasCheezBurger.com.




Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog.
Yaaaa, Topi Kuning dan Topi dan Topi Hitam!
Buku De Bono itu sudah mula di manfaatkan!
Ya, juga segala yang dicurahkan oleh puan guru dalam usrah.
lame xnapak..
ak da pindah bilik da skang..
e2.4..
bwh bilik lame..
kalo nk copy muvie ke ape singgah ar..
Ok. Nanti aku datang!
Salam,
1. Akal, Allah ciptakan untuk berfikir. Akal memang berfikir dan orang yang berfikir memang positif. Akal sememangnya berfikir positif. Akal mempunyai kekuatannya tersendiri. Kekuatan Akal adalah ilmu. Semakin berilmu semakin positif.
2. Hawa [nafsu], Allah ciptakan untuk tidak berfikir atau lemahkan daya fikir. Hawa memang tidak berfikir dan orang yang ikut hawa [nafsu] memang negatif. Hawa sememangnya negatif. Hawa mempunyai kekuatannya tersendiri. Kekuatan Hawa adalah jahil. Semakin jahil semakin negatif.
3. Kedua-dua kekuatan ini saling berperang dalam diri seseorang. Pemenangnya menentukan kualiti seseorang, positif atau negatif.
4. Akal berfikir negatif bukanlah disebabkan oleh akal itu sendiri, tetapi disebabkan oleh hawa [nafsu].
5. Hawa [nafsu] memang negatif disebabkan ia dicipta Allah untuk menegatifkan manusia.
6. Akal dan Hawa [nafsu] merupakan ciptaan Allah untuk menguji manusia, sama ada bersyukur atau kufur [al-Qur'an], atau dengan kata-kata lain, positif atau negatif.
7. Kedua-dua, Akal dan Hawa memang perlu dilatih dan proses latihannya panjang dan berat, dari buaian hingga liang lahat.
Sangat setuju.
Anjakan ke arah yang lebih baik