Kalau dahulu sebelum telefon bimbit wujud, kita berhubung melalui surat. Tidak jadi masalah pun sekiranya rakan tersebut terlambat membalas surat berminggu lamanya.
Apabila saya tonton filem P. Ramlee juga tidak nampak masalah kita berkongsi telefon awam. Tapi sekarang zaman makin maju. Teknologi memudahkan kita berurusan dan bergerak bebas.
Segala kerja kita menjadi laju. Malah tidak kurang juga harapan orang atasan untuk melihat kerja kita siap dengan begitu cepat.
Kalaulah kerja design itu boleh dilakukan secara automatik tanpa sentuhan manusia, memang seminit pun boleh siap. Tetapi pada masa sekarang, teknologi seperti itu masih belum wujud.
Ada kerja-kerja masih memerlukan manusia memasukkan input. Ada kerja-kerja masih memerlukan manusia berfikir dan mengerah idea.
Kepantasan menyiapkan tugasan menggunakan teknologi memang tiada hadnya. Tetapi manusia tetap ada limit dan batasannya yang tersendiri.
Instant Gratification
Inilah yang dinamakan Instant Gratification (kepuasan segera).
Segala-galanya kita mahu cepat. Jadi apabila ada website baru yang membolehkan mesej itu cepat sampai, maka ia akan cepat jadi pilihan ramai orang.
Kalau pada awal tahun 1998, emel masih belum digunakan oleh ramai orang, internet juga tidak menjadi keperluan. Jadi sekiranya rakan tersebut lambat membalas emel, tidaklah menjadi kesalahan.
Sekarang sekiranya lambat balas emel 3 hari sahaja sudah mula bising-bising. Ini kerana kita sudah merasakan internet menjadi keperluan semua orang. Kita sangka semua orang sudah ada internet di rumah masing-masing.
Inilah situasi apabila kita ingin segala-galanya cepat. Tanpa kita sedari kita sudah pun mengamalkan gaya hidup baru ini.
Kalau dulu blog jadi pilihan apabila ingin memberitahu orang lain tentang status, idea dan apa yang kita sedang fikirkan. Sekarang apabila muncul Facebook, orang ramai terus beralih ke sana. Lebih cepat, mudah dan ringkas.
Perkara ini bukan berlaku di internet sahaja. Malah di mana-mana.
Kita ambil contoh di jalan raya. Ada masa kita kurang senang dengan pemandu yang memandu kereta perlahan daripada kita, terus kita ingin cepat-cepat dapat memintasnya.
Teknologi memang mempercepatkan kerja kita tetapi perlu diingat kita ini masih lagi manusia yang punya had kemampuan masing-masing.




Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog.
[...] This post was mentioned on Twitter by Azree Hanifiah. Azree Hanifiah said: Kita Masih Lagi Manusia: Kalau dahulu sebelum telefon bimbit wujud, kita berhubung melalui… http://goo.gl/fb/1cWT3 [...]
manusia juga mula lupa diri dan hormat pada orang lain dengan adanya teknologi pada masa sekarang nie.