Apabila kita bekerja dalam sebuah syarikat, perjalanan karier kita adalah jelas. Kalau kita kerja keras, boleh naik pangkat lebih tinggi.
Tetapi sebagai seorang freelance, perjalanan karier kita kurang jelas. Adakah kita hanya akan bekerja sebagai seorang designer sehingga 10 tahun akan datang. Adakah 10 tahun akan datang pun kita masih menaip dan menulis dari bilik di dalam rumah.
Tidak ramai yang ingin menjadi freelancer seumur hidup. Oleh kerana itu ada yang asyik jadi pekerja kepada sebuah syarikat dan kemudian apabila bosan, berhenti dan mula buat kerja freelance semula. Apabila rasa tidak cukup duit, kerja semula dengan mana-mana syarikat. Dan begitulah sehingga habis.
Pada masa akan datang mungkin kita menginginkan servis per jam kita lebih tinggi apabila portfolio kita semakin kukuh dari tahun ke tahun. Tetapi sampai tahap mana kita ingin ia berakhir? Pada akhirnya kita perlu satu tahap di mana kita mempunyai sumber pendapatan pasif sendiri.
Bina Satu Projek Besar
Perkara pertama yang perlu kita fikirkan adalah bagaimana kita boleh berhenti buat kerja freelance dan mampu untuk hidup. Salah satunya adalah buat satu projek besar yang boleh memberikan kita pendapatan pasif setiap bulan.
Sebagai contoh bina satu laman sosial baru atau apa-apa website berbentuk aplikasi di internet yang boleh dijual pada harga yang tinggi di kemudian hari.
Mempunyai Agensi Atau Firma Sendiri
Apabila kita bekerja seorang diri sebagai seorang freelance, jumlah kerja yang mampu kita buat dalam masa seminggu juga terhad. Malah jenis kerja yang boleh kita buat juga terhad. Kita juga hanya mampu buat kerja-kerja yang berskala kecil sahaja.
Penyelesaiannya adalah kita boleh buka satu syarikat atau agensi kita sendiri. Dan menggaji beberapa orang lain. Apabila kita sudah ada agensi sendiri, kita sudah boleh mula untuk buat kerja-kerja yang berskala besar.
Produk Sendiri
Sebagai seorang freelancer, pendapatan kita hanya berdasarkan jumlah kerja atau servis yang kita buat. Kita perlu ada sumber pendapatan lain sekiranya kita tidak menerima sebarang kerja atau servis untuk satu tempoh yang lama.
Salah satunya adalah dengan mempunyai produk sendiri. Bina satu produk yang evergreen – senang dinaik taraf dan boleh dijual untuk tempoh yang lama. Produk tersebut mungkin adalah sebuah aplikasi web seperti e-commerce, sofwer, buku atau apa-apa sahaja idea yang terlintas.
Jadi pada masa akan datang kita boleh berhenti daripada buat kerja-kerja freelance dan fokus kepada penjualan produk tersebut.
* Diolah daripada FreelanceSwitch





Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog.
dengan membina agensi sendiri, para pengguna akan lebih yakin dan percaya kepada kita, sekaligus meningkatkan pendapatan kita, dan menyumbang kepada kredibiliti diri.
betoi….aku pon dok pikiaq macam tu jugak….sampai bila aku nak buat freelance…
Freelancer perlu kreatif untuk menjana kewangan berterusan jika bertekad sebagai freelance untuk tempoh yang lama. Saya juga seorg freelancer dan sudah tentu memerlukan sesuatu yang menyokong dalam kerjaya untuk bidang yang kita miliki. Apa pun saya setuju spt apa yang saudara perkatakan kerana setiap kita harus ada misi dan visi.