Azree Hanifiah » Bisnes

Tshirt ‘Yosh! I’m a photographer’
Sempena setahun Yosh bergerak, kini saya telah pun siapkan satu desain baju  untuk mereka yang selama ini menyokong Yosh. Idea tshirt ini saya dapat daripada sebuah tshirt yang dijual di Cafepress, dalam pada masa yang sama saya sedang berlatih membuat vektor menggunakan Adobe Illustrator.

Jadi saya pun membina setiap icon yang ada pada skrin display DSLR saya. Jika tshirt ini dibawa berjalan dan orang melihat simbol-simbol ini dari hadapan, mereka mungkin menyangkakan itu adalah simbol-simbol Matematik atau komputer. Jadi bila mereka menoleh untuk melihat perkataan di belakang baju pula, barulah mereka tahu itu adalah simbol para ahli fotografi.

Ini merupakan PROMOSI bagi memperkenalkan tshirt di bawah siri Yosh!. Akan datang, kami akan menghasilkan beberapa lagi tshirt di bawah siri Yosh ini. Sila dapatkan segera!

Tempahan pertama akan dikumpul selama seminggu sahaja dari 15 Mei sehingga 22 Mei 2011.

Untuk membuat tempahan boleh klik sini atau link di bawah:

https://spreadsheets.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGtESVVvRmFNVHgzTWEwNVNtRDk2Zmc6MQ

Tshirt Gildan

Ada dua brand Tshirt yang berkualiti tinggi iaitu Gildan dan juga Hanes. Tshirt Gildan ini 100% cotton dan kurang panas berbanding tshirt cotton yang lain. Itu antara sebab saya suka Gildan. Hoho.

Bagi tshirt jenis Gildan hanya lengan pendek sahaja yang boleh didapati. Saiz bagi tshirt jenis Gildan boleh rujuk saiz di bawah:

Saiz Lelaki:

Lebar A x Panjang B

(Ukuran dalam inci)

XS = 17″ x 25″

S = 18.5″ x 26″

M = 20″ x 27″

L = 21″ x 28″

XL = 22″ x 29″

XXL = 23″ x 30″

Menaikkan Daya Tarikan Produk Lama
Sekurang-kurangnya dalam setahun kita akan berfikir adakah produk kita masih menarik lagi atau pun tidak kepada orang ramai. Kita juga akan memikirkan bagaimana produk yang sama boleh dijual berulang kali kepada pelanggan-pelanggan lama.

Kes ini berlaku kepada peniaga yang mempunyai satu atau dua jenis produk sahaja. Ia berlaku apabila produk mereka sudah kelihatan lama atau tidak menarik lagi untuk dibeli.

Sebagai contoh, syarikat antivirus perlu membuat kaedah pembayaran berdasarkan subskripsi bagi sofwer antivirus yang dijual mereka. Maka pelanggan yang sama perlu membeli  atau mengupdate sofwer tersebut setiap tahun.

Sekiranya mereka menjual sofwer antivirus tersebut sekali sahaja termasuk update seumur hidup, pasti akan keluar ayat ini, “Aku sudah beli tahun lepas, kenapa perlu beli lagi tahun ini?”

Di sini diberikan beberapa cadangan lain:

Bahan yang sama, cara penggunaan yang baru

Mula mencari cara baru untuk memperbaharui produk tersebut. Salah satu contoh terbaik yang dapat dilihat datang daripada syarikat Flarebiz Network yang mengeluarkan sistem Niagakit. Sistem niagakit merupakan sebuah sistem untuk membantu peniaga membuat kedai online sendiri dengan hanya mengetahui beberapa pengetahuan coding yang asas sahaja.

Sistem Niagakit ini membolehkan kedai online tersebut memasarkan banyak jenis produk dalam satu laman web. Kemudian Flarebiz tampil dengan idea baru iaitu dengan mengeluarkan sistem Mininiaga. Sistem Mininiaga ini pula merupakan mini kedai online yang membolehkan peniaga memasarkan satu atau dua produk sahaja dalam satu laman web.

Boleh dikatakan sistem Mininiaga adalah hasil downgrade daripada sistem Niagakit untuk penggunaan yang berbeza tetapi bahan untuk membina sistem itu masih sama.

Produk sama, tawaran promosi yang baru

Cari jalan bagaimana untuk menarik minat pelanggan dengan tawaran baru. Sebagai contoh, kita berikan diskaun untuk pelanggan lama. Cara lain pula seperti buat pakej baru dengan beberapa produk sampingan lain. Jadi pelanggan akan beli produk tersebut sekali lagi untuk mendapatkan produk lain dalam pakej yang ditawarkan.

Perkara ini berlaku dalam industri buku sama ada buku fizikal atau ebook. Apabila penjualan buku tersebut sudah menurun, peniaga akan mula revamp semula buku tersebut sama ada dengan menambah maklumat-maklumat baru atau menjadikannya sebuah buku yang lain terus.

Pastikan produk kita tersebut mempunyai peningkatan dari segi kualiti dan juga tawaran.

Produk sama, keperluan lain yang percuma

Produk yang sama dijual pada tahun lepas akan kelihatan tua di mata pelanggan baru pada tahun sekarang. Tidak kiralah produk tersebut sentiasa dikemaskini, bila ia kelihatan tua di mata pelanggan, ia susah dijual kepada mereka.

Setiap produk ia ada tempoh matang dan tempoh tepu. Tempoh tepu ini terjadi apabila orang sudah tidak nampak apa kelebihan produk tersebut. Sebagai peniaga kita perlu membuatkan produk kita itu kelihatan sentiasa diperlukan.

Salah satu cara yang biasa digunakan adalah dengan membuat seminar percuma yang mempunyai kaitan dengan produk tersebut. Jika seminar tersebut penuh dengan ayat untuk menjual produk tersebut pula, ia akan menimbulkan marah orang. Jadi cari tajuk yang berkaitan yang membuatkan audien berfikir konklusinya mereka perlu mendapatkan produk kita itu.

P/s: Perkara sama juga berlaku kepada blogger. Blogger perlu sentiasa menghidangkan entri-entri yang enak untuk dihadam oleh pembaca-pembacanya.

“Aku sudah masuk blog dia minggu lepas, mengapa aku perlu masuk lagi hari ini?”

P/s: Foto oleh tuan Zamri Mohamad

10 Amalan Ringgit dan Sen Peniaga Internet Super
“Para peniaga yang berniaga di internet seperti facebook dan forum mengamalkan seni ringgit dan sen yang menjaga tabung wang mereka.”

Pelanggan nombor satu produk kita nombor dua

Perkara utama dalam bisnes adalah pelanggan. Pelanggan lebih penting daripada memikirkan produk apa yang ingin kita jual di internet. Jika ada produk tetapi tiada pelanggan, tiada gunanya. Peniaga internet mencari pelanggan terlebih dahulu dan kemudian baru mengeluarkan atau mengesyorkan sesuatu produk kepada pelanggan tersebut.

Pelanggan beli faedah bukan produk

Pelanggan tidak membeli produk, mereka membeli faedah yang mereka boleh dapat daripada produk tersebut. Pelanggan tidak membeli ebook, mereka membeli informasi yang mereka dapat gunakan daripada ebook tersebut. Pelanggan tidak membeli kerusi, mereka beli tempat yang selesa untuk mereka duduk.

Pelanggan tahu nilai produk kita

Pelanggan menilai sesuatu produk berdasarkan dua perkara – mengelakkan kerugian dan mendapatkan keuntungan. Mengelakkan kerugian akibat tidak memiliki produk tersebut sekarang dan juga untuk mendapatkan keuntungan hasil membeli produk tersebut. Jadi pastikan produk anda itu membuatkan mereka rasa apa yang mereka dapat lebih mahal daripada harga produk anda tersebut.

Pelanggan menjawab siapa, apa dan kenapa membeli

Pelanggan adalah siapa yang membeli. Produk adalah apa yang mereka beli. Faedah daripada produk adalah kenapa mereka membeli. Kenal pasti tiga perkara ini siapa, apa dan kenapa apabila merancang sesuatu produk untuk dijual di internet.

Internet adalah medium, strategi kita yang membantu jualan

Teknologi tidak menjual, strategi memasarkan sesuatu produk yang menjual. Sehebat mana teknologi produk tersebut, ia tidak dapat menjual dirinya sendiri. Tetapi sebiasa mana strategi pemasaran anda, jika ia dapat menjual, gunakan sahaja. Walaupun ia nampak biasa-biasa sahaja, ia tetap menjual!

Setiap aktiviti di internet ada kepentingan setiap jualan

Setiap apa yang anda lakukan, secara tidak langsung ia akan dilihat sebagai cara pemasaran anda. Setiap emel yang anda hantar, setiap pertanyaan di Facebook atau forum yang anda jawab, dan cara anda membungkus produk dan mengeposkannya juga termasuk dalam strategi pemasaran. Pastikan semua yang anda buat dapat memuaskan hati pelanggan.

Bertanggungjawab pada janji sendiri

Strategi pemasaran anda bertanggungjawab memastikan pelanggan tahu faedah yang mereka dapat daripada produk tersebut lebih mahal daripada harga produk tersebut.

Pelanggan mahukan jawapan bagi setiap soalan

Peniaga internet mesti tahu jawapan untuk setiap pertanyaan yang diajukan. Setiap pertanyaan yang diajukan mesti dijawab. Walau ia soalan yang tidak kita ingini, kita mesti tahu cara untuk menjawabnya.

Pelanggan ada pengetahuan mengenai produk kita

Pelanggan adalah orang yang bijak, setidak-tidaknya merekalah yang buat keputusan yang betul untuk membeli produk anda. Ucapkanlah terima kasih kepada pelanggan setiap kali produk anda terjual. Ucapkanlah juga terima kasih setiap kali mereka memberi kritikan atau cadangan terhadap produk anda di internet.

Nama kita adalah modal kerja kita di internet

Jenama adalah sesuatu yang penting biarpun anda berniaga berseorangan. Jenama adalah kepercayaan pelanggan dan jenama yang bagus dapat menjual dengan banyak. Nama yang anda gunakan di Facebook atau forum boleh menjadi jenama. Anda cuma perlu pastikan apakah persepsi ahli forum yang lain terhadap jenama yang ada pada nama anda.

P/s: Petikan dari buku Mudahnya Bisnes dengan Forum Online.

Parallel Thinking Dalam Bisnes
Parallel Thinking sesuai digunakan sekiranya kita adalah pemain baru yang ingin masuk ke dalam pasaran yang sudah ada Big Boys(pemain besar).

Sebagai contoh, pasaran minuman air coklat sudah ada pemain besar iaitu Milo.

Budak-budak besar mempunyai kuasa yang besar dalam pasaran. Secara teorinya mereka boleh menggertak pengedar-pengedar minuman mereka supaya tidak mengedarkan produk saudara. Lihat sahaja bagaimana pengeluar minuman coklat yang lain kecundang dalam pasaran tersebut seperti Ovaltine.

Atau mereka boleh menarik balik kerjasama mereka dengan syarikat pembuat bekas bungkus serbuk coklat sekiranya mereka membekalkan juga kepada syarikat kecil seperti saudara.

Parallel Thinking menerangkan kita boleh masuk ke dalam pasaran besar dengan menggunakan pintu yang lain. Garisan paralel dalam garis lurus bermaksud dua garisan yang sama arah tuju tetapi tidak bersentuh satu sama lain.

Sekiranya budak besar itu mengeluarkan produk novel cinta, kita masuk pintu novel kanak-kanak atau novel cinta islami.

Analoginya, sebuah rumah mempunyai banyak pintu. Sekiranya budak besar sudah jaga pintu hadapan, kita masuklah ikut pintu belakang. Atau pun masuk ikut tingkap(Hoho. Ini jangan dibuat).

Yeo’s dan Coca Cola

Pasaran air minuman ringan sudah ada budak besar iaitu Coca Cola. Sekiranya saudara ingin masuk buat air minuman bergas juga, saudara perlu mendapatkan bekalan tin atau botol minuman.

Pembekal-pembekal tin dan botol minuman pula sudah dipegang oleh Coca Cola. Mereka semua takut sekiranya Coca Cola tidak mengambil bekalan tin dan botol daripada mereka. Itulah satu-satunya pembeli tin dan botol mereka yang terbesar.

Jadi secara teorinya, syarikat Coca Cola boleh menggertak syarikat pembuatan tin minuman supaya tidak menjual tin kepada saudara.

Kita ambil contoh syarikat Yeo’s. Yeo’s tidak menawarkan air minuman bergas. Yeo’s masuk pasaran dengan menawarkan minuman tidak bergas seperti air soya, tebu, teh krisantinum dan lain-lain.

Minuman seperti itu dapat dipakejkan dengan kotak. Jadi Yeo’s tidak perlu berurusan dengan syarikat pembuat tin atau botol. Apabila jenis produk berbeza, sebarang servis yang berkaitan dengan produk tersebut juga berbeza. Malah jenis pembelinya juga berbeza.

Jadi Yeo’s tidak perlu bersaing dengan syarikat Coca Cola. Selepas saiz syarikat Yeo’s besar, barulah mereka masuk ke dalam pasaran minuman dalam botol dan tin.

Kebaikan Parallel Thinking

Parallel Thinking menyebabkan kita tidak perlu berfikir untuk menjadi pesaing. Kita buat bisnes kita dan mereka buat bisnes mereka. Malah mungkin pada satu-satu masa kita boleh menjadi rakan kongsi.

Konsep ini juga dikenali sebagai teknik Flanking. Masuk ke dalam pasaran dengan menggunakan pintu yang lain.