Azree Hanifiah

Saya pernah terdengar suara sindiran terhadap beberapa blog, katanya, “Kenapalah buat blog kalau hendak ahli keluarga sahaja yang baca? Baik tulis diari sahaja.”

Entri ini adalah jawapan saya kepada persoalan di atas.

Bukan semua orang buat blog untuk dibaca oleh ramai orang. Ada yang menulis untuk ahli keluarganya sahaja, ada yang tulis untuk diri sendiri sahaja yang baca dan bermacam lagi ragam blogger.

Setiap orang ada tujuan masing-masing untuk membina blog. Terpulang kepada mereka kerana sasaran audien masing-masing adalah berbeza.

Jika kita memutuskan untuk tidak meletakkan sebarang privasi pada blog kita, maka fikirkan pula apa yang ingin kita kongsi dan bagaimana kita ingin mempengaruhi persepsi orang terhadap kita.

Siapa Sasaran Audien

Adakah kita ingin membina blog untuk rakan-rakan terdekat atau ahli keluarga sahaja? Atau kita ingin membina blog untuk mereka yang ingin mencari maklumat berkaitan produk kewangan? Atau kita ingin membina blog untuk memudahkan syarikat-syarikat besar tahu tentang kepakaran kita?

Ini adalah soalan yang perlu kita fikir sebelum mula menulis apa-apa pada blog kita. Kenal pasti golongan mana yang ingin kita sasarkan.

Setiap orang yang mencari melayari internet ada citarasa masing-masing. Ada yang ingin mencari maklumat berkaitan skil kepimpinan, ada yang ingin mencari maklumat berkaitan perniagaan, ada yang ingin mencari maklumat berkaitan produk kewangan dan lain-lain lagi.

Tetapkan Jenis Artikel

Apabila kita sudah kenal siapa sasaran audien kita, maka kita sudah tahu tajuk artikel mana yang perlu ditulis dan tajuk artikel mana yang tidak akan dipaparkan dalam blog tersebut.

Sekiranya blog tersebut ditulis untuk ahli keluarga sahaja, artikelnya mungkin akan berkaitan dengan diri sendiri. Jadi artikel berkaitan orang lain yang tiada sangkut paut dengan keluarga, boleh diketepikan sahaja.

Sekiranya blog tersebut kita ingin orang kenal kita sebagai pakar motivasi, maka banyakkan artikel berkaitan motivasi. Jadi artikel berkaitan apa yang kita makan atau kita minum setiap hari boleh diketepikan.

Blog kita mesti ada fokus kepada topik-topik yang berkaitan. Kita boleh mengambil 3 atau 4 perkara untuk kita fokus tetapi semuanya mesti ada perkaitan antara satu sama lain.

Jika blog kita kurang fokus atau mencapah terlalu banyak, kita mungkin akan mempunyai satu database artikel pelbagai kategori yang banyak. Tetapi kita tiada satu database pengunjung tetap blog kita.

Siapakah Azree Hanifiah


Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog. Saya juga bersedia menerima jemputan pihak universiti dan syarikat swasta untuk bengkel berkaitan bisnes internet dan blog. Blog saya yang lain boleh dilawati di www.studiomuslim.com.

Tags: , ,

4 Responses


  1. Ali Mohd on 20 Apr 2010

    terima kasih atas nasihat ini. Sebelum ni buat blog, tak prnah terfikir siapa audien tu…

    • Azree Hanifiah on 20 Apr 2010

      Sekadar berkongsi pengalaman, selepas ini boleh mula buat perancangan untuk blog tuan.

  2. muhammad fakhruddin on 23 Apr 2010

    Perkongsian tips blogging yang menarik.

    Bolehlah jadi Copyblogger.com versi Malaysia pula ;)

    • Azree Hanifiah on 23 Apr 2010

      Terima kasih. CopyBlogger? Hoho. Terlalu jauh mahu kejar. Itu perlu buat satu blog tutorial berkumpulan. :)


Leave your comment