Pertama kali saya buat bengkel blogging adalah pada pertengahan tahun 2008 di SM Learning. Pada ketika itu Pakdi memberi ruang pejabatnya secara percuma kepada saya. Semasa itu modul bengkel saya bina berdasarkan pengalaman-pengalaman saya mengkaji blog-blog lain.
Ini yang akan saya ketengahkan semula dalam bengkel blog yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Ini yang saya panggil gaya ‘StreetSmart’.
Antara blogger yang lahir dari bengkel ketika itu adalah Hairul.net dan Mohdfais.net(sedang dalam proses kemaskini).
Maklumat Bengkel Blogging
Bengkel ini akan diadakan pada 8 Mei 2010 bertempat di makmal komputer. Pihak penganjur memberitahu saya bahawa mereka juga menerima pendaftaran daripada orang luar bukan pelajar atau staf UIAM. Maklumat berkaitan bengkel tersebut boleh rujuk pada poster di bawah:
Tuan/Puan boleh buat pendaftaran dengan mengisi borang pada link ini atau klik ini www.bit.ly/bengkelblogging.





