Azree Hanifiah

Buku ‘Blue Ocean Strategy’ mengatakan kita perlu mencipta produk-produk baru untuk masuk dalam pasaran dan jangan sibuk-sibuk hendak buat produk yang sudah banyak dalam pasaran.

Ini kerana produk kita terpaksa berhimpit-himpit dengan produk yang hampir serupa di dalam pasaran. Jadi, produk kita akan tenggelam sahaja dalam pasaran yang sudah sesak itu.

Apabila kita mencipta produk baru bermakna kita tidak perlu bersaing dengan produk yang sedia ada dalam pasaran. Jadi kita boleh lari daripada situasi yang memerlukan kita bersaing.

Blogging dan Persaingan

Dalam blogging, cuba senaraikan jenis blog yang masih belum dibuat orang.

Jawapannya hampir tiada. Semua niche sudah diterokai orang. Dari niche blog tema kekeluargaan dan kewangan sehinggalah ke tema binatang peliharaan pun sudah dibuat orang.

Bagaimana agaknya blog kita yang baru hendak dibuat diberi perhatian oleh orang ramai?

Nabi Muhammad merupakan seorang bisnesman yang tidak mencipta produk baru. Beliau menjual produk Siti Khadijah yakni beliau menjual produk yang sudah sedia ada di pasaran. Nabi Muhammad menjual barang-barang keperluan hidup.

Barang-barang keperluan hidup sentiasa ada permintaan dan sentiasa diperlukan orang.

Orang memilih untuk membeli produk daripada Nabi Muhammad bukan kerana keunikan produk yang beliau jual, tetapi kerana etika bisnes yang diamalkan oleh beliau.

Apabila kita ingin menjual produk yang sudah ada dalam pasaran, kredibiliti kita mesti lebih tinggi berbanding orang lain. Kredibiliti bermaksud kebolehpercayaan orang terhadap diri kita.

Strategi Blogging

Nabi Muhammad menjadi contoh yang baik bagaimana hendak menjual dalam pasaran yang sudah ramai pemainnya. Dalam blogging, kita boleh lakukan strategi berikut:

Tulis dengan Bahasa Melayu standard

Apabila kita menulis dengan sistem ejaan yang betul dan tutur bahasa yang baik, entri blog kita lebih mudah dibaca dan dihadam.

Mulakan Blog Dengan Menulis Perkara Asas Dalam Bidang Kita

Ini sifir mudah. Bilangan pelajar pandai dalam sekolah adalah sedikit berbanding golongan pelajar yang tahap kefahaman mereka sederhana sahaja. Bilangan pembaca tahap umum lebih ramai berbanding bilangan pembaca yang sudah tahap profesor.

Jika blog kita berkaitan kewangan, tulis tip-tip asas kewangan yang perlu pembaca tahap umum tahu. Bila blog kita sudah ada pengikut, baru selit-selitkan tip-tip untuk peringkat advance.

Bina Hubungan Baik Dengan Pembaca Blog

Setiap orang ada pendapat masing-masing berkenaan sesuatu isu atau perkara yang ditimbulkan. Hargai mereka yang memberi respon kepada entri yang kita tulis dan hormati pandangan mereka. (Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang mereka inginkan kerana mereka memberi respon. Huhu.)

Tulis Apa Yang Kita Faham Dan Jelas

Tulis apa yang kita pakar dalam bidang tersebut. Sekiranya ingin tulis sesuatu di luar kepakaran bidang kita, pastikan kita faham dan jelas tentang apa yang ingin kita tulis. Cari dahulu maklumat-maklumat supaya kita dapat memberikan kefahaman yang betul kepada pembaca.

* BDNM adalah singkatan kepada Belajar Dari Nabi Muhammad.

Siapakah Azree Hanifiah


Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog. Saya juga bersedia menerima jemputan pihak universiti dan syarikat swasta untuk bengkel berkaitan bisnes internet dan blog. Blog saya yang lain boleh dilawati di www.studiomuslim.com.

Tags: , , , , , , , ,

5 Responses


  1. Edry alFaisal on 04 Apr 2010

    Setuju. Rasanya kategori BDNM ini sendiri sesuatu yang segar :)

    • Azree Hanifiah on 05 Apr 2010

      Terima kasih. Semoga ia menjadi pendorong untuk kita melihat kembali sirah.

  2. muhammad fakhruddin on 06 Apr 2010

    Dimensi segar dari sirah Nabawiyah…terbaik!

  3. shaharil on 21 Apr 2010

    ada info yang menarik aku terima hari ini.

  4. student on 23 May 2010

    belajar dari sirah..menarik!;)


Leave your comment