Seorang guru bertanya, “Cuba fikirkan apakah punca-punca yang menyebabkan masalah gejala rempit berleluasa?”
Kemudian murid-muridnya pun memberikan berbelas punca masalah. Semua murid memberikan respon.
Baiklah sekarang fikirkan pula bagaimana caranya hendak mengatasi punca-punca masalah ini?
Hanya beberapa murid sahaja yang memberikan idea penyelesaian. Guru tersebut minta lagi pendapat daripada beberapa murid yang masih belum memberikan idea. Hasilnya bertambah lagi satu, dua idea.
Ada dua sebab.
Pertama kerana kita dilatih untuk mencari punca dahulu kemudian baru mencari jalan penyelesaian.
Mencari punca sesuatu masalah yang berlaku adalah kerja-kerja penyelenggaraan (maintenance).
Apabila berlaku kerosakan dalam sebuah bangunan, maka kerja-kerja maintenance akan dilakukan. Dimulakan dengan mencari punca kerosakan, kemudian mencari jalan penyelesaian bagi setiap punca tersebut.
Cara sebegini memerlukan kos yang tinggi kerana setiap punca perlu diselesaikan. Dalam isu berkaitan manusia, bukan semua punca masalah boleh diselesaikan.
Oh, dan mungkin nanti akan ada yang mengatakan kerana itu kita memerlukan negara Islam! Lagi termenung jauh kita berfikir bilakah masa tersebut akan tiba.
Kedua kita sudah dibebankan dengan bermacam punca masalah. Orang yang sudah terbeban dengan masalah susah untuk berfikir dengan rasional.
Kebiasaan cara berfikir orang yang sudah terbeban dengan masalah adalah dengan cuba melupakan punca masalah tersebut. Malah ada yang mengambil jalan mudah – bunuh diri.
Takut-takut nanti dia memberi cadangan yang sama untuk masalah orang lain. Lupakan sahaja punca masalah. Habis cerita.
Latih diri berfikir memberikan idea
Apabila kita memikirkan ‘kenapa’, kita berfikir ke belakang. Soalan ‘kenapa’ membuatkan kita berfikir dengan cuba mengagak apa yang tidak betul atau mencari kesilapan kenapa ia berlaku. Apa silap ini dan apa silap itu.
Apabila kita memikirkan ‘bagaimana’, kita berfikir ke hadapan. Soalan ‘bagaimana’ melatih diri kita terbiasa dengan mencari idea.
Sekarang kita ubah senario cara berfikir. Berfikir dengan memberikan idea untuk menyelesaikan dahulu. Sebelum kita terbeban dengan bermacam punca masalah, baik kita brainstorm dahulu idea-idea yang segar.
“Baiklah murid-murid, mari kita fikirkan idea bagaimana hendak menyelesaikan budaya rempit.”
Latih diri kita memberikan idea penyelesaian, bukan memberikan punca masalah.
Apabila idea sudah ada, barulah kita susun dan pilih idea yang mana satu yang paling bagus.
Latihan
Ini adalah kereta sorong (wheel barrow) yang biasa digunakan untuk mengangkat batu-bata atau pasir.
Ini pula adalah design terbaru kereta sorong. Sila berikan pendapat anda tentang kereta sorong rekaan terbaru ini.







Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog.
kereta sorong yang berat sukar untuk dibawa (kalau itulah skala saiznya yang sebenar) tapi sebenarnya sama sahaja, perlukan daya untuk mengangkat bebanan bahkan mungkin lebih ringan.
rasanya perlu tambah kaki pada tempat menampung bebanan supaya ketinggiannya stabil ketika ‘parking’…
dan , design sebegini banyak di mesir…
Wah, ini info baru. Betulkah banyak kereta sorong seperti ini di Mesir?
PERSOALAN INI MEMANG SESUAI DIBAHASKAN DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH. SEBAB TU, JAWAPAN DIBERIKAN BERSESUAIAN UNTUK PERINGKAT TERSEBUT. PADA PERINGKAT TINGGI, IA SANGAT BERBEZA. BAGAIMANAPUN, PUNCA LEBIH MENJURUS KEPADA PERSOALAN FUNDAMENTAL, ASAS DAN DASAR SESUATU. MEMAHAMI PUNCA LEBIH MUDAH MENYELESAIKAN MASALAH. NAMUN, SEMUA JAWAPAN DIBERIKAN BELUM SAMPAI KEPADA PUNCA SEBENAR MASALAH. SEBAB ITU, MASALAH INI SAMPAI SEKARANG DAN AKAN DATANG TIDAK AKAN DAPAT DISELESAIKAN, WALAUPUN BANYAK CARA PENYELESAIANNYA DICADANGKAN.
http://www.facebook.com/notes/zahari-alwi/masalah-dalam-kehidupan/253004954710209
Masalah di dalam Kehidupan.
Ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu masalah
Masalah memang sudah menjadi sunnatullah di dalam
kehidupan di kalangan insan
Yang menjadi masalah bukan masalah itu,
yang menjadi masalah orang tidak tahu peranan Tuhan.
Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya itulah yang sebenarnya masalah
Jadi sudah jadi dua masalah, yang bukan masalah jadi masalah,
yang masalah memanglah masalah.
Apabila tidak kenal peranan Tuhan masalah itu memanglah
jadi masalah dua kali masalah
Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah,
kekasih Tuhan tidak akan ditimpakan masalah
Kalaulah masalah itu adalah masalah, Rasul, Nabi
Tuhan tidak akan timpakan mereka masalah
Tapi Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah kepada kekasih-Nya,
Tuhan tahu pada mereka bukan masalah
Kerana itulah mereka ditimpakan masalah
Pada mereka masalah itu adalah ibadah
Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah
Kerana itulah masalah itu mereka tidak jadikan masalah
Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah
Dengan masalah rasa kehambaan mereka bertambah
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka,
pangkat dan darjat di dalam Syurga.
Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu
dengan berbagai-bagai masalah
Tuhan bertambah cinta kepada mereka dengan masalah,
yang mereka anggap bukan masalah tapi ibadah
Maha Suci Tuhan menyeksa kekasih-kekasih-Nya.
Orang yang bodoh sahaja yang tidak faham kerja-kerja Allah
Pada Tuhan masalah yang ditimpakan kepada
kekasih-kekasih-Nya bukanlah masalah
Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja mereka bermasalah
Dengan masalah-masalah itulah mereka mendapat
ketinggian darjat di dalam Syurga
Sungguh pelik kerja Tuhan, payah hendak difaham oleh orang biasa.
~waullahu’alam~
klik sini untuk mendapatkan pendapatan sampingan anda.
Hanya RM20, anda boleh dapat pulangan sehingga RM2K sebulan
Diulangi HANYA RM20