Saya disapa oleh Tuan Imran Koyube, Presiden Iluvislam.com. Beliau bertanya apa impak program Baca@LRT yang dianjurkan.
Adakah muka saya telah dicop Baca@LRT? (Hoho. Jangan buat pasal) Macam saya pula penganjurnya.
Saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Cuma pada pendapat saya ini isu mengubah behavior atau tingkah laku orang. Tingkah laku atau sikap tidak dapat diubah dalam masa yang singkat.
Bayangkan kalau seorang remaja berumur 15 tahun, sudah tentu ada sikap buruk yang secara tidak sengaja dibentuk sejak dia kecil lagi. 15 tahun punya didikan mustahil untuk diubah dalam masa yang singkat.
Itu baru yang berusia 15 tahun dan itu juga baru tingkah laku seorang individu.
Baca@LRT bertujuan membentuk satu tingkah laku atau trend baru iaitu ‘membaca itu sesuatu yang cool’. Ini bukan setakat mengubah tingkah laku seorang individu tetapi ini adalah membentuk budaya baru dalam masyarakat.
Menara KLCC tidak dibina dalam masa satu hari. (Hehe. Tak ada kaitan pun)
Setakat ini Baca@LRT baru dua kali diadakan dan ada beberapa kesan positif yang kami kesan.
Impak Baca@LRT
Pertamanya sekarang sudah wujud grup-grup kecil baru yang menyokong usaha membudayakan ‘membaca sebagai sesuatu yang cool’. Grup-grup kecil ini juga beroperasi melalui Facebook dan sudah mula mendapat sokongan ramai.
Biasanya daripada satu program besar, baru wujud program-program kecil di bawahnya. Kali ini kita terbalikkannya. Daripada beberapa program kecil, barulah kita dapat wujudkan satu ‘program’ besar iaitu ‘budaya’.
Antara grup yang baru dibina adalah grup ‘Baca@Komuter’ dan grup ‘Membaca Sambil Menunggu’.
Kedua adalah model. Dalam program Baca@LRT kami menemukan ramai ibu bapa yang membawa bersama anak-anak kecil mereka. Mereka ingin anak-anak mereka melihat model bagaimana mengisi masa dalam LRT dengan membaca buku.
Malah ada seorang ibu menceritakan anaknya bertanya kepadanya, “Ibu, kalau tidak baca buku tidak boleh naik LRTkah?”
Saya tertanya-tanya kenapa walaupun syarikat rokok sudah tidak boleh mengiklan di televisyen dan radio, tetapi masih terdapat pelajar sekolah yang merasakan ‘merokok itu sesuatu yang macho’. Mungkin ini kerana mereka sudah ada model ‘Perokok Macho’ sendiri di dalam sekolah yang merokok. Syarikat rokok jimat kos iklan.
Ketiga, kami percaya sebahagian besar peserta yang datang ke program Baca@LRT terdiri daripada pembaca tegar. Tetapi mereka juga rimas untuk baca di kawasan terbuka atau tempat awam. Pasti ada mata yang memandang.
Beberapa respon diterima selepas Baca@LRT berjaya dilaksanakan. Kebanyakan mereka sudah mula tidak segan untuk membaca di kawasan awam. Malah mereka merasakan hobi mereka itu sesuatu yang perlu ditunjukkan.
Dengan ini, model-model yang akan bertindak sebagai agen membudayakan ‘Membaca Itu Sesuatu Yang Cool’ akan bertambah ramai.
Mengikat Tali Persahabatan
Satu perkara yang saya seronok dan terkejut dengan model-model Baca@LRT, ada yang saya temui sudah mula menjadi rakan karib. Pergi kedai buku sama-sama, malah sampai tahap sudah mula bertukar-tukar hadiah buku.
Membentuk satu budaya baru tidak dapat dilakukan oleh individu mahu pun kumpulan kecil seperti Baca@LRT. Saya berharap agar lebih ramai pihak lain yang mula menganjurkan program membudayakan ‘Membaca Itu Sesuatu Yang Cool’.






Seronok mengikuti program ini dari jauh~
Teringat usaha di sekolah dulu membaca di mana sahaja. Sampaikan ada yang membaca sambil berjalan…huuuuu
Sangat berharap di Kuantan ni ada LRT=) Terminal bas pun tempat awam jugak kan?=)
Sakini, mengintai dari jauh saja. Di sana mungkin boleh buat program Baca@Pantai. Lagi menarik!
saya ni sejak kecil memang tak suka baca buku. sampai sekarang tabiat untuk membaca memang susah hendak digalakkan walaupun kesedaran itu ada. tapi saya suka terhadap perkara yg minat dalam bacaan berkaitan dengan self improvement.
ps. singgahlah pesta buku antarabangsa kl di pwtc, ada banyak buku dijual.
betul tu Tuan Azree, mereka sebenarnya ada ego yang tinggi, kononnya pergi mana-mana bawa buku adalah sesuatu yang tidak cool..mungkin mereka rasa membaca adalah untuk budak nerd..untuk nampak membaca itu sesuatu yang cool, cuba kita ambil dari karakter naruto, Kakashi..cool gila membaca..saya harap kalau saya ada kobelahan famous boleh menambahkan lagi ke’cool’an membaca itu dengan promote free..;D Bangsa membaca, bangsa berjaya..
Tuan Syafiq, kitalah yang perlu buatkan mereka rasa Membaca Itu Cool. Jom sertai BACA@LRT April!