Kenali Penulis
Semasa kecil, saya ‘budak Sains’ – istilah zaman sekolah. Roket air, kereta lumba, dan mercun(opss) semua saya pernah buat. Kadang-kadang kelas Sains pun saya ponteng, sebab buat eksperimen sains di tempat lain(mewakili sekolah untuk pertandingan sains).
Tapi bila saya besar sikit, orang mula hairan. Mereka mula tanya, “Sejak bila kau jadi budak sastera?”
Saya menjawab bosan, “Sejak semalam ler.”
Apabila saya masuk universiti, saya mendapat mandat untuk memegang jawatan dalam mainboard engineering society. Saya belajar tentang pengurusan. Dari situ saya menemui minat yang lain dalam diri saya.
Saya merasakan saya inginkan sesuatu yang lebih mencabar. Mencabar sifat ‘malu tidak bertempat’ saya sejak dari kecil. Apa barang jadi ‘budak Sains’ dari kecil sampai besar. Hari ini, saya dipanggil menjadi speaker dan trainer untuk beberapa bengkel dan seminar berkaitan bisnes dan internet.
Harapan saya hanya satu iaitu ingin membantu, memberi dan berkongsi ilmu. Doakan agar saya menjadi seorang yang berjaya dengan apa yang saya lakukan.
_____________________________________________________________
Antara Universiti yang telah mendapatkan khidmat training daripada Azree Hanifiah adalah:




![Logo KUIS [1024x768] Logo KUIS [1024x768]](http://studiomuslim.com/wp-content/uploads/2007/05/Logo-KUIS-1024x768-300x233.png)