Menurut Wikipedia, brand didefinisikan sebagai nama, tanda, slogan, simbol atau apa sahaja untuk memberi identiti kepada sesuatu produk, servis atau bisnes. Brand memberitahu orang ramai apa kelebihan produk kita dan kenapa mereka memerlukan produk kita.
Oleh kerana itu, perlu kita memahami branding bukan sekadar supaya kita dapat masuk pasaran yang betul. Tetapi juga supaya mendapat prospek yang betul yang melihat kita sebagai jalan penyelesaian untuk masalah mereka.
Organisasi, syarikat atau kumpulan boleh menentukan prinsip-prinsip yang ingin disampaikan melalui branding produk mereka. Identiti sesuatu brand itu dibuat supaya pelanggan atau peminat menerima kesan yang kita inginkan daripada produk tersebut. Proses branding penting supaya orang ramai mendapat imej yang betul terhadap syarikat atau produk kita.
Sebagai contoh, cover buku untuk produk buku kanak-kanak mempunyai simbol-simbol yang berbeza berbanding cover buku untuk produk buku non-fiksyen. Jenis font, tajuk buku, dan slogan yang digunakan juga mempunyai perbezaan.
Kita sebagai orang yang menguruskan brand boleh menentukan mesej yang ingin kita sampaikan daripada produk kita. Tetapi jangan kita lupa yang pelanggan juga mempunyai pandangan sendiri terhadap brand kita tersebut.
Sekiranya mesej yang ingin kita sampaikan dan mesej yang pelanggan harapkan adalah sama, maka ia adalah sesuatu yang baik.
Sekiranya tidak sama, maka ia adalah sesuatu yang bahaya kepada produk kita tersebut. Berkemungkinan kita akan hilang sebahagian pelanggan asal kita.




Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog.
jenama memainkan peranan yang amat penting dalam perniagaan~