Ketahui bagaimana blog saya menjana pendapatan sebanyak RM2000 sebulan.
Login Facebook dapat RM100 hari-hari.
Bagaimana saya berhenti kerja dan sekarang saya mampu hidup goyang kaki dan menerima duit di internet.
Pernah anda nampak kata-kata manis seperti ini? Jangan terpengaruh. Kata-kata tersebut ada yang betul tapi jangan tersalah anggap.
Blog, facebook dan apa-apa medium di internet tidak memberikan kita duit.
Lance Armstrong: It’s Not About The Bike
Ramai pelumba basikal terinspirasi dengan kisah hidup Lance Armstrong. Beliau pernah jatuh sakit kerana kanser, kemudian pulih dan memenangi kejohanan lumba basikal Tour De France.
Itu pun buku beliau bertajuk, ‘It’s Not About The Bike’. Buku ini berkisar bagaimana basikal menjadi alat beliau untuk memenangi kejohanan lumba basikal yang besar.
Tetapi tetap beliau mengatakan basikal bukan segala-galanya.
Internet Tidak Akan Beri Duit Kepada Kita
Internet tidak beri duit kepada kita tetapi bisnes beri duit kepada kita. Ramai orang ada blog, tapi tidak ramai orang mempunyai bisnes di internet yang memberikan mereka sumber pendapatan.
Begitu juga dengan Lance Armstrong. Ramai orang ada basikal lumba, malah pelumba-pelumba basikal lain ada basikal yang lebih hebat daripada Lance Armstrong. Tetapi kenapa beliau memenangi kejohanan dan pelumba lain tidak.
Ini kerana bukan basikal yang memberikan kemenangan. Sehebat mana sekalipun basikal tersebut, ia tetap bukan segala-galanya.
Kenal Pasti Apa Bisnes Kita
Kita menulis sesuatu di blog, siarkannya, dan ramai orang baca. Ia tidak akan beri kita apa-apa duit kerana itu bukan bisnes.
Ramai blogger menganggap blog adalah bisnes mereka. Ini adalah salah. Blog bukan bisnes. Tetapi blog boleh jadi alat kepada bisnes kita. Begitu juga halnya dengan Facebook, forum dan lain-lain di internet.
Apabila ada klien meminta kita menulis reviu produk, kita siarkan dan orang baca. Dan klien tersebut bayar duit kepada kita. Itu baru bisnes dan barulah kita dapat duit.
Kita dapat duit daripada klien atas bisnes kita iaitu menulis reviu di blog.
Blog bukan bisnes tetapi blog adalah alat kepada bisnes. Sama halnya dengan penjual cendol yang menggunakan van atau dengan motor. Van dan motor penjual tersebut hanyalah alat untuk dia berniaga sahaja. Begitu juga dengan bekas cendol, senduk, mangkuk dan alatannya yang lain.





Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog.
Saya amat setuju dengan kata-kata tuan di atas. Blog adalah satu alat yang hebat. Gunakan ia sebaik mungkin. Namun jagalah ia dengan menajamkannya selalu (kemahiran kita berblog dan pengisian). InsyaAllah akan tiba hasilnya.
Betul kata encik Azree. Blog sahaja bukanlah suatu bisnes dan ia bukanlah segala-galanya.
Semoga memberi manfaat kepada semua orang.
salam
hehe..blh x nk mintak en azree ajar sy mcm mana nk buat bisness ni?
Saya akan kongsikan semua tip-tip bisnes yang saya ada di blog ini.
pada pendapat saya internet nih adalah tempat buat marketing. tiadalah bisnes tanpa marketing. volume internet ramai, terkini negara china no. 1 dlm dunia.
marketing dalam internet sudah menjadi tren, sangat cepat penembusannya. peluang buat bisnes/produk sungguh besar sebab pengguna unlimited.
so bagaimana hendak menguasai internet marketing?