Azree Hanifiah

Flashmob YES YTL

“Saya ada idea nak buat satu lama sosial seperti Facebook. Lebih baik daripada Facebook.”

Dengar seperti hebat tetapi ia hanya sekadar idea sahaja selagi tidak direalisasikan. Mempunyai idea untuk melawan Facebook, bukanlah satu hal besar. Sudah terlalu ramai yang memberikan idea yang sama tetapi kebanyakkannya hanya ‘kosong’.

Kenapa ‘kosong’ kerana ia hanya tinggal angan-angan. Apa yang anda lakukan itulah yang penting, bukannya apa yang anda fikirkan atau rancangkan.

Pernah dengar nama Innocenzo Manzetti? Atau Elisha Gray?

Sejak dari kecil kita diajar orang yang mereka cipta telefon yang pertama adalah Alexander Graham Bell iaitu pada tahun 1875. Ini tidak benar kerana pada tahun yang sama, Elisha Gray juga turut menghasilkan ciptaan telefon.

Malah kedua-dua mereka berebut ke pejabat paten untuk mempatenkan hasil ciptaan mereka dan akhirnya yang memenangkan paten adalah Alexander Graham Bell.

Namun perlu kita tahu bahawa kedua-dua mereka bukanlah orang pertama yang mengeluarkan idea untuk mencipta telefon tersebut. Orang pertama yang menghasilkan idea ciptaan telefon adalah Innocenzo Manzetti. Pada tahun 1844, Manzetti telah pun membicarakan tentang idea ‘telegraf bersuara’ atau pun telefon.

Malangnya Manzetti hanya mempunyai idea yang bergeliga dan sangat diperlukan, tetapi ciptaannya itu tidak berjaya. Ada sumber mengatakan pada tahun 1864, Manzetti cuba menghasilkan ciptaan telefon tetapi tidak berjaya.

Sumbangan Manzetti hanya dirakamkan dalam sejarah penemuan idea kerana beliau berjaya mencetuskan idea yang bergeliga tetapi tidak dalam sejarah perkembangan teknologi dan inovasi kerana bukan beliau yang menghasilkan ciptaan telefon yang sempurna.

Kita semua punya idea yang hebat untuk membangunkan sesuatu. Buat dahulu dan barulah kita tahu betapa bagus idea tersebut atau sukarnya idea kita itu.

Akhirnya persoalan yang bagus untuk ditanyakan adalah bagaimana kita menjayakan idea tersebut.

Siapakah Azree Hanifiah


Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog. Saya juga bersedia menerima jemputan pihak universiti dan syarikat swasta untuk bengkel berkaitan bisnes internet dan blog. Blog saya yang lain boleh dilawati di www.studiomuslim.com.

2 Responses


  1. cikgu faezah on 10 Feb 2011

    idea ni banyak dah orang nak buat. tapi berapa aje yang dah berjaya..

  2. Ali ridha on 17 May 2011

    buat la idea yang lain pula.


Leave your comment