Azree Hanifiah

“Para peniaga yang berniaga di internet seperti facebook dan forum mengamalkan seni ringgit dan sen yang menjaga tabung wang mereka.”

Pelanggan nombor satu produk kita nombor dua

Perkara utama dalam bisnes adalah pelanggan. Pelanggan lebih penting daripada memikirkan produk apa yang ingin kita jual di internet. Jika ada produk tetapi tiada pelanggan, tiada gunanya. Peniaga internet mencari pelanggan terlebih dahulu dan kemudian baru mengeluarkan atau mengesyorkan sesuatu produk kepada pelanggan tersebut.

Pelanggan beli faedah bukan produk

Pelanggan tidak membeli produk, mereka membeli faedah yang mereka boleh dapat daripada produk tersebut. Pelanggan tidak membeli ebook, mereka membeli informasi yang mereka dapat gunakan daripada ebook tersebut. Pelanggan tidak membeli kerusi, mereka beli tempat yang selesa untuk mereka duduk.

Pelanggan tahu nilai produk kita

Pelanggan menilai sesuatu produk berdasarkan dua perkara – mengelakkan kerugian dan mendapatkan keuntungan. Mengelakkan kerugian akibat tidak memiliki produk tersebut sekarang dan juga untuk mendapatkan keuntungan hasil membeli produk tersebut. Jadi pastikan produk anda itu membuatkan mereka rasa apa yang mereka dapat lebih mahal daripada harga produk anda tersebut.

Pelanggan menjawab siapa, apa dan kenapa membeli

Pelanggan adalah siapa yang membeli. Produk adalah apa yang mereka beli. Faedah daripada produk adalah kenapa mereka membeli. Kenal pasti tiga perkara ini siapa, apa dan kenapa apabila merancang sesuatu produk untuk dijual di internet.

Internet adalah medium, strategi kita yang membantu jualan

Teknologi tidak menjual, strategi memasarkan sesuatu produk yang menjual. Sehebat mana teknologi produk tersebut, ia tidak dapat menjual dirinya sendiri. Tetapi sebiasa mana strategi pemasaran anda, jika ia dapat menjual, gunakan sahaja. Walaupun ia nampak biasa-biasa sahaja, ia tetap menjual!

Setiap aktiviti di internet ada kepentingan setiap jualan

Setiap apa yang anda lakukan, secara tidak langsung ia akan dilihat sebagai cara pemasaran anda. Setiap emel yang anda hantar, setiap pertanyaan di Facebook atau forum yang anda jawab, dan cara anda membungkus produk dan mengeposkannya juga termasuk dalam strategi pemasaran. Pastikan semua yang anda buat dapat memuaskan hati pelanggan.

Bertanggungjawab pada janji sendiri

Strategi pemasaran anda bertanggungjawab memastikan pelanggan tahu faedah yang mereka dapat daripada produk tersebut lebih mahal daripada harga produk tersebut.

Pelanggan mahukan jawapan bagi setiap soalan

Peniaga internet mesti tahu jawapan untuk setiap pertanyaan yang diajukan. Setiap pertanyaan yang diajukan mesti dijawab. Walau ia soalan yang tidak kita ingini, kita mesti tahu cara untuk menjawabnya.

Pelanggan ada pengetahuan mengenai produk kita

Pelanggan adalah orang yang bijak, setidak-tidaknya merekalah yang buat keputusan yang betul untuk membeli produk anda. Ucapkanlah terima kasih kepada pelanggan setiap kali produk anda terjual. Ucapkanlah juga terima kasih setiap kali mereka memberi kritikan atau cadangan terhadap produk anda di internet.

Nama kita adalah modal kerja kita di internet

Jenama adalah sesuatu yang penting biarpun anda berniaga berseorangan. Jenama adalah kepercayaan pelanggan dan jenama yang bagus dapat menjual dengan banyak. Nama yang anda gunakan di Facebook atau forum boleh menjadi jenama. Anda cuma perlu pastikan apakah persepsi ahli forum yang lain terhadap jenama yang ada pada nama anda.

P/s: Petikan dari buku Mudahnya Bisnes dengan Forum Online.

Siapakah Azree Hanifiah


Saya merupakan seorang penggemar kopi. Juga seorang blogger part time. Ada masa saya berblog, dan ada masa saya cari idea untuk berblog. Saya juga bersedia menerima jemputan pihak universiti dan syarikat swasta untuk bengkel berkaitan bisnes internet dan blog. Blog saya yang lain boleh dilawati di www.studiomuslim.com.

One Response


  1. kambing on 09 Jun 2011

    bagus! Saya suka!


Leave your comment